Monday, June 14, 2010

Stress


Tanpa kita sedari sebenarnya dalam diri kita terdapat senjata iblis yang memudahkannya untuk menggoda dan menghancurkan kita...pernahkah kita mengalami stress?? Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada tekanan hidup terutamanya apabila terlalu banyak perkara yang berlaku sama ada di tempat kerja mahupun di rumah...tekanan atau stress inilah sebenarnya mungkin akan menjadi salah satu senjata yang akan membinasakan kita....

Saya tertarik untuk bercerita mengenai stress kerana seorang pelajar telah memimjamkan sebuah buku kepada saya yang bertajuk 40 Senjata Iblis beserta Bala Tenteranya..di dalamnya terdapat 40 perkara yang akan menggoda manusia lari daripada landasan hidup...dan antara salah satunya ialah stress atau tekanan.
Mengapa stress boleh memesongkan manusia daripada landasan sebenar??kerana ia akan mengakibatkan seseorang individu itu hilang semangat, gelisah dan sebagainya..oleh itu syaitan dengan mudah akan menanamkan rasa was-was dan seterusnya mengheret manusia ke arah kemurkaan Allah..jika pada waktu itu iman tidak teguh..manusia akan mudah mengikut kata hati dan nafsu....

Bagaimana nak menanganinya??
Menurut buku ini antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan beriadah, memberi penghargaan kepada diri (seperti kata-kata semangat), percakapan diri yang membina, melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan, berjenaka, ketenangan, meninjau orang yang kurang bernasib baik dan yang paling penting sekali membaca al-quran dan membuat qiamullail..(untuk maklumat lanjut anda boleh dapati di dalam buku tersebut)

Jadi bagaimana???adakah kita mahu tergolong dalam golongan yang mudah termakan dengan godaan syaitan yang bakal memusnahkan keimanan kita?atau apakah kita telah bersiap sedia untuk melawan godaan-godaan tersebut melalui beberapa cara yang telah disarankan??tepuk dada tanyalah iman..

Akhir kata semoga perkongsian ini dapat memberi satu impak baru dalam diri kita yang mungkin kadang-kala terlena dengan pelbagai helah dan tipu daya dunia.






No comments:

Post a Comment