Saturday, June 19, 2010

Assalamualaikum

Akhirnya perjuangan kita selama dua minggu sudah pun selesai. Banyak input yang dapat diambil pada DIP ED kali ini. Terima kasih kepada semua pensyarah dan sahabat2 yang banyak membantu dalam merealisasikan assignment yang telah ditugaskan. Semoga kita bersiap sedia pula untuk peperiksaan yang akan datang. Ma'attaufiq wannajah (Good Luck).

Kini kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi tugas kita, tugas yang penuh cabaran tapi penuh keseronokan. Mudah-mudahan kita dapat melapangkan dada untuk memulakan tugas ini. Bak kata pensyarah kita cikgu Mohamad, kita bukan kerja guru, tapi kena jadi guru. Insyaallah sama-samalah kita berusaha.

Sediakan waktumu...

Orang yang bahagia itu akan selalu :

Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,

Menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muzik jiwa,

Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

Menyediakan waktu beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,

Menyediakan waktu untuk bersenda kera bersenda itu akan membuat muda selalu,

Menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ibu segala ketenangan jiwa.

Tuesday, June 15, 2010

Renung-renungkan

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..

Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai...


Biarkan kegelisahan lenyap,jangan kita halang semangat...


Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan terjana semula...


Biarkan derita, agar ku tahu kepahitan derita ini...
Agar ku sedar kesengsaraan ini...

Tidak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w...

Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya...

Tapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri..


Istiqamahlah....

Bagaimana Kesudahannya??

Manusia...


Apakah sebenarnya yang dimahukan manusia??
adakah semata-mata kesenangan??
atau kemewahan??


Apakah manusia pernah terfikir bagaimana kesudahan hidupnya nanti sekiranya kesenangan dan kemewahan semata yang dicari??


Atau apakah telah selesai perjuangan dalam mencari bekalan di sepanjang perjalanan??


Bekalan??ya bekalan untuk akhirat...
Bekalan yang mungkin tidak akan pernah cukup bagi kita manusia biasa..
Merantaulah wahai manusia...
Merantau mencari bekalan secukupnya...


Cuba hitung, renung dan tenung...
Di manakah kedudukan kita sekarang..
Apakah makin hampir ataupun makin jauh terpesong...


Manusia...
Muhasabahlah diri....
Bagaimana kesudahan kita nanti...

Monday, June 14, 2010

Stress


Tanpa kita sedari sebenarnya dalam diri kita terdapat senjata iblis yang memudahkannya untuk menggoda dan menghancurkan kita...pernahkah kita mengalami stress?? Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada tekanan hidup terutamanya apabila terlalu banyak perkara yang berlaku sama ada di tempat kerja mahupun di rumah...tekanan atau stress inilah sebenarnya mungkin akan menjadi salah satu senjata yang akan membinasakan kita....

Saya tertarik untuk bercerita mengenai stress kerana seorang pelajar telah memimjamkan sebuah buku kepada saya yang bertajuk 40 Senjata Iblis beserta Bala Tenteranya..di dalamnya terdapat 40 perkara yang akan menggoda manusia lari daripada landasan hidup...dan antara salah satunya ialah stress atau tekanan.
Mengapa stress boleh memesongkan manusia daripada landasan sebenar??kerana ia akan mengakibatkan seseorang individu itu hilang semangat, gelisah dan sebagainya..oleh itu syaitan dengan mudah akan menanamkan rasa was-was dan seterusnya mengheret manusia ke arah kemurkaan Allah..jika pada waktu itu iman tidak teguh..manusia akan mudah mengikut kata hati dan nafsu....

Bagaimana nak menanganinya??
Menurut buku ini antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan beriadah, memberi penghargaan kepada diri (seperti kata-kata semangat), percakapan diri yang membina, melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan, berjenaka, ketenangan, meninjau orang yang kurang bernasib baik dan yang paling penting sekali membaca al-quran dan membuat qiamullail..(untuk maklumat lanjut anda boleh dapati di dalam buku tersebut)

Jadi bagaimana???adakah kita mahu tergolong dalam golongan yang mudah termakan dengan godaan syaitan yang bakal memusnahkan keimanan kita?atau apakah kita telah bersiap sedia untuk melawan godaan-godaan tersebut melalui beberapa cara yang telah disarankan??tepuk dada tanyalah iman..

Akhir kata semoga perkongsian ini dapat memberi satu impak baru dalam diri kita yang mungkin kadang-kala terlena dengan pelbagai helah dan tipu daya dunia.